kawan monster

Tuesday 29 November 2011

#1 friendship quotes

Best friends

are like the icing on a cake,
 they just make everything better



can you see Allah?

Teacher NON-MUSLIM asked the MUSLIM students.

Teacher : Can you see ALLAH?
Class : No.
Teacher : Can you touch ALLAH?
... Class : No.
Teacher : Then, there isn't ALLAH!!

*Student raise their hand and says*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?





Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah 1433.

semoga tahun ini memperolehi lebih barakah dariNya :)

Friday 25 November 2011

membongkar misteri maskot DIGI

bila sebut je DIGI, mesti korang teringat tagline "DIGI, bersama mu". pastu mesti teringat kat maskot yang bulat bulat,comel comel tu kan? ye maskot yang sangat comel. secomel kami berempat. hewhewhew perasan jap  



berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku giteww :)


tapi disebalik kecomelan "yellowman" ni, tahu kah korang siapa sebenarnya manusia didalamnya? mesti tak tahu kan? haaa meh aku bagi tahu..





ok are you ready?











3












2











1












taraaaaa!!









inilah dia manusia disebalik maskot Digi tu. same tak same tak? sama kan? :) nama dia zalif sidek. kalau korang perasan, dia ada berlakon dalam filem Bini-biniku gangster. ala, yang jadi officemate Sam tu. yang suka cakap besar depan pompuan tu. ingat tak? kalau tak ingat, g download cerita tu, pastu tengok balik. hehe. menurut hasil dari prose meng"google" dan meng"explore", [ayat macam ape dah ni] zalif ni sebenarnya pernah kerja di KRU production. erm sebenarnya tak banyak info yang aku tahu. sebab aku bukan la seorang stalker yang hebat. hehehe.


psst psst: kalau nak tahu lebih lanjut, sila hubungi abang google :)

tutorial pashmina silang

hai gojes. :)
sekarang ni macam2 jenis fesyen shawl kan? kalau nak list kan satu per satu, tiga jam pun tak habes. macam2 fesyen ade. ade yang belit sana belit sini, gulung sana gulung sini, ade yang hani nampak sampai nak tercekik pun ada. aishh macam macam. 

erm hani nak share satu fesyen pashmina yang rasanya tak ramai lagi yang pakai macam ni. bagi hani, fesyen ni nampak kemas. tak de serabai2 macam loose pashmina tu. pastu fesyen ni agak sopan. sebab dia menutupi dan memberi safety precaution pada gunung ganang, bukit bukau kita yang berharga tu. hehe. sebab pashmina ni besar. cuma org yg wat video ni je tarik ke belakang sgt. so. xde safety precaution da. hehe.. ermm jom tengok tutorial yang hani amek kat youtube ni.





so, macam mana? suka tak? :)



lots of love,
hanizatul amira amran

Thursday 24 November 2011

4 Kategori Manusia Berdasarkan Percakapannya

INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam" (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).

Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara.

Namun, sekali berbica ra, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapan nya sangat tinggi seolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah.

Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin' kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada EMPAT berdasarkan kualiti tutur bicaranya :

Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.

Orang seperti ini bicara nya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.

Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.

Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misal nya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap', namun begitu habis juga dimakannya.

Hari-harinya dipenuhi de ngan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alang kah rugi nya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan diri nya sedangkan hidup adalah peng abdian diri kepada Allah.

Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurang kanlah berkata-kata kerana ia akan mengura ngi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.




sumber : http://szlihin.blogspot.com