kawan monster

Wednesday, 11 May 2011

Cuti 4 Bulan nak Melangut buat ape?

Assalamualaikum
Err.. hai..
Saya baru sahaja menamatkan Final Exam saya.

********

Yeaayyy ! Exam dah tamat. Boleh lah ronggeng puas2.
Boleh2, ronggeng lah sampai 4 bulan. Lama tuuu !
Tapi rasa2 nya 4 bulan tu lama sangat. Kalau dok ronggeng mesti otak pun berkarat !

Jadi, cuti 4 bulan nie mugkin korang boleh..



1. Ambil kelas2 tertentu. Contohnya:
 kepada yang belum ada lesen boleh lah ambil kelas memandu, *ehem, adoi aku bila lagi?
 kelas memasak untuk mempertingkatkan skil2 memasak, boleh lah lawan chef kat rumah lepas nie.
 kelas bahasa Inggeris untuk improve kan lagi bahasa inggeris, itulah pentingnya english education kan?
 atau mungkin kelas menari? Menari? Ok tak, mungkin mengaji lebih sesuai :)

2. Kerja.
Masa cuti2 nie takdelah poket kosong je. Kalau bekerja mesti wang masyukk. Boleh buat simpanan sikit2 kot2 lah nak buat belanja bertunang ke nanti.

3.Jadi suri rumah sepenuh masa
Bagi gadis2 yang  agak  malas nak koje boleh jadi suri rumah sepenuh masa untuk 4 bulan. Boleh tingkatkan skill2 mengomas rumah, cuci lantai, cuci tandas. Biar kasi licin lantai2 rumah yang kat dalam dan kat luar rumah. Kerja2 suri rumah boleh menurunkan berat badan nie ! Gerenti punya.

4. Jadi facebook tegar, blogger tegar.
4 bulan nie boleh je nak online setiap masa pagi, petang, siang malam. Anytime! Kalau kat rumah yang ada wi-fi boleh sangat kalau nak online dalam toilet. Pasni blog2 mesti penuh dengan entry2 baru. Kat facebook pun rajin je nak update status. :) Nak jadi stalker terhebat pun bolehhhh.

5. Isi masa dengan buat amalan sunat.
Tak dapat dinafikan kehidupan sebagai seorang pelajar memang sibuk. Kan kan? Amal ibadat buat yang mana wajib je. Kadang2 yang sunat payah sikit nak buat. Sibuk terkejar2 dengan assignment, group discussion and lecture. So, masa cuti nie korang boleh topup balik amalan2 sunat. Ingat tido je ade topup ke? Nak khatam Al-Quran pun sempat masa nie. Pahala pun dapat lebih weyh ! :)




Selamat bercuti anda2 semua.
Walaupun saya baru je nak cuti tapi korang ade yang 
dah lama cuti. Tak kire nak wish jugak !
F.M

3 comments:

hanizatul.amira.amran said...

nak jadi stalker terhebat boleh? hahahah

Hanisah Sharip said...

ehem sape lah tu kannn?
ahahaha

cik aisha said...

selamat bercuti....buat la apa je asalkan berguna..:)