rambut gugur?
oh NO!!
sebut pasal rambut gugur, mungkin ramai yang takut. ramai yang risau.
yelah, lama² boleh jadi botak kot!
Oleh itu, bagi korang yang sayangkan rambut tu, hani ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.
ok hari ni nak jadi doktor tak bertauliah jap. hihi
Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau korang ada tembikai kat rumah tu.
Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau korang ada tembikai kat rumah tu.
Langkah-langkah yang perlu korang lakukan ialah:
1. Selepas korang makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu (rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala korang.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala korang. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau korang nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu
Insyaallah..rambut gugur dapat diatasi..
lots of love,
hanizatul amira :)
nak petua² yang lain? usha la blog ni : http://wajahayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment