kawan monster

Thursday 5 May 2011

[student's tip]RUMAH SEWA

Assalamualaikum..
Hai koranggggg! (sila baca dengan suara excited ala² cik epal) haha
Sekarang ni, kebanyakan student IPT da mula cuti semester kan.
Tapi ade jugak yang tengah berperang dengan final exam. [anis & aida la nii.. haha]
Gudluck kepada mereka² yang belum habes exam. Do da best ea sygs :)
Ermm memandangkan semester ni da berakhir. Mesti ade student yang tengah cari rumah sewa untuk semester depan kan? Ye lah, kalau nak dapat hostel, memang harapan lah. Lagi² mase July intake. Konpem hostel penuh lah.
Ok, kali ni hani rase terpanggil untuk kongsi tips dan pendapat tentang perkara² yang perlu dititikberatkan semasa nak pilih rumah sewa. Walaupun hani pernah duduk rumah sewa satu sem je mase study kat kulim dulu, tapi hani rase hani perlu share beberapa tips dengan korang. Tapi sebelum tu, sorry kalau pendapat hani ni cam tah pape. Nak tahu apa tips² nya?

Let’s check it out!

First,
Cari rumah sewa yang sesuai dengan kemampuan.
 

Yupp! Tu paling penting. Kebiasaannya, student tak de sumber pendapatan. Semuanya dok bergantung dengan PTPTN, MARA, biasiswa pama (hehe). So, pilihlah rumah yang bese² je. Xpayah lah nak pilih rumah yang siap ada aircond,swimming pool,bibik bagai. Laen lah kalau kau anak dato’. Haha cukup lah kalau nak duduk apartment ke, umah teres ke.. bergantung dengan kemampuan. Kalau kat negeri² yg kos sara hidup rendah tak pe lah kalau nak sewa rumah banglo :)

Second,
Pilih housemate yang sesuai.
ihsan pakcik google :)
Tinggal kat hostel & rumah sewa sangat berbeza! Kalau kat hostel, keselamatan korang terjaga. Still ada fellow , warden yang kadang2 nak amek port pasal korang. Kalau stay kat rumah sewa, pandai² la jaga diri sendiri. X de sape nak amek port. Kau nak kuar sampai tak balik rumah 5 hari ke, kua rumah pakai pelik² ke.. lantak korang lah. Melainkan kalau makcik jiran sebelah kau tu sukarela nak jadi warden. Haha. Erm, nak tahu kenapa bole jadi kes kuar sampai tak balik rumah 5 hari tu? Haa, kawan² lah puncanya! Kalau korang tengok dia kuar malam, mesti korang teringin jugak kan? Ye lah, takde sape nak larang. Parents jauh. So, elakkan berhousemate yang kaki joli. Lebih baik korang pilih member² yang ajk surau ke, pengerusi kelab catur ke, member² yang dean list every semester ke untuk jadi housmate korang. At least korang tak terleka mase stay kat rumah sewa. Mane taw korang pon boleh dean list cam member² korang tu kan :)

Third,
Berjimat.

Duk rumah sewa banyak pakai duit oiiittt! Bayar sewa, bil air, bil elektrik, belanja barang dapur. Belum lagi duit petrol untuk kete motor korang tu, blanje shopping, ronggeng². Haaa, banyak kan? Memandangkan banyak duit nak pakai, berjimat² lah. X payah nak pakai aircond sangat lah kat rumah sewa tu. Jangan biarkan tv, kipas, lappy terpasang macam tu aje. Pastu, kurang²kan lah nafsu shoppong tu ye adek². Errr, boleh ke? Hihihi

Forth,
Memasak.
skali skale merewang cam makcik² ni best jugak :P

Untuk lebih jimat lagi, better korang masak sendiri. Ala,time ni lah nak pracrise segala skill memasak yang korang ade. Bagi yang tak reti masak macam hani ni, buat² lah tolong mak kat dapur mase cuti sem ni ye. :) korang taw tak, kalau korang masak sendiri, lagi jimat taw berbanding beli kat kedai. Contoh, dalam seminggu korang collect sorang RM 10. Kalau 5 orang 1 rumah, da dapat RM 50 dah. Macam2 kot boleh dapat dengan RM50. Ermm tapi kalau korang beli udang, ketam, lobster tu memang konpem tak cukup lah!

Fifth,
Berdikari.

Selalunya, kemudahan kat rumah sewa ni tak banyak macam hostel. Kadang² rumah yang korang sewa tu, kosong je. Xde mesin basuh, xde freezer, xde bibik, xde itu, xde ini. So, disebabkan kedaifan dan kekurangan ni, [ayat tak leh blah] korang dapat belajar berdikari. Basuh baju pakai tangan, masak sendiri. Ermm paling tidak pon, korang dapat practise buat keje rumah kan. Yelah, konpem lah korang dah ade buah ati en, tipu lah kalau xde. So, nant bile nak jumpe mak mertua xde lah kekok. X de lah kene reject kan. Hahah

Lastly,
Jaga keselamatan dan tingkah laku.
As i said before, tak de sape nak amek port pasal kite kalau kite dok lua. Ermm statement tu tersangat lah betul. So, korang kene pandai² jaga diri, jaga maruah. Jangan sesekali bawak orang yang berlainan jantina masuk ke rumah korang. Nanti tak pasal² kene cekup ngn jabatan penggalak maksiat.. ehh silap jabatan pencegah maksiat :P esok tu masuk paper muka depan , “pelajar U*** ditangkap berkhalwat di bla bla bla”. Tengok² muka korang dengan terang jelas dan nyata nya. Tak ke malu?

Ermm sebenarnya banyak lagi nak dikongsi. Tapi bosan pulak korang baca panjang² ni kan. Ni pon da kira panjang menjela kan. Haha.. ape² pon thanx sbb sudi bace celoteh hani ni. Ok lah, babai. Assalamualaikum


Lots of love,
Hanizatul amira 
:)

2 comments:

De'din said...

waaaaaa...
kalo antar dobi kan senang !
bukannya mahal mna pown !
hehe

monster comel said...

membazir²!