kawan monster

Friday, 9 December 2011

kucing & buah oren




bertuah punya kucing.. pemalas nyeeee.. orang kacau2 pon dia buat tak tahu je. hahahha


agak2 kat masia ada x kucing cam ni? hehe

Saturday, 3 December 2011

beg tangan yang mampu membuatkan anda nampak kurus

nak nampak kurus dengan cepat? tanpa perlu diet, excercise, ubat²? senang je. cuba cara ni. sangat berkesan :)








macam² kaler ade. pilih la. jangan malu². haha


Tuesday, 29 November 2011

#1 friendship quotes

Best friends

are like the icing on a cake,
 they just make everything better



can you see Allah?

Teacher NON-MUSLIM asked the MUSLIM students.

Teacher : Can you see ALLAH?
Class : No.
Teacher : Can you touch ALLAH?
... Class : No.
Teacher : Then, there isn't ALLAH!!

*Student raise their hand and says*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?





Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah 1433.

semoga tahun ini memperolehi lebih barakah dariNya :)

Friday, 25 November 2011

membongkar misteri maskot DIGI

bila sebut je DIGI, mesti korang teringat tagline "DIGI, bersama mu". pastu mesti teringat kat maskot yang bulat bulat,comel comel tu kan? ye maskot yang sangat comel. secomel kami berempat. hewhewhew perasan jap  



berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku giteww :)


tapi disebalik kecomelan "yellowman" ni, tahu kah korang siapa sebenarnya manusia didalamnya? mesti tak tahu kan? haaa meh aku bagi tahu..





ok are you ready?











3












2











1












taraaaaa!!









inilah dia manusia disebalik maskot Digi tu. same tak same tak? sama kan? :) nama dia zalif sidek. kalau korang perasan, dia ada berlakon dalam filem Bini-biniku gangster. ala, yang jadi officemate Sam tu. yang suka cakap besar depan pompuan tu. ingat tak? kalau tak ingat, g download cerita tu, pastu tengok balik. hehe. menurut hasil dari prose meng"google" dan meng"explore", [ayat macam ape dah ni] zalif ni sebenarnya pernah kerja di KRU production. erm sebenarnya tak banyak info yang aku tahu. sebab aku bukan la seorang stalker yang hebat. hehehe.


psst psst: kalau nak tahu lebih lanjut, sila hubungi abang google :)

tutorial pashmina silang

hai gojes. :)
sekarang ni macam2 jenis fesyen shawl kan? kalau nak list kan satu per satu, tiga jam pun tak habes. macam2 fesyen ade. ade yang belit sana belit sini, gulung sana gulung sini, ade yang hani nampak sampai nak tercekik pun ada. aishh macam macam. 

erm hani nak share satu fesyen pashmina yang rasanya tak ramai lagi yang pakai macam ni. bagi hani, fesyen ni nampak kemas. tak de serabai2 macam loose pashmina tu. pastu fesyen ni agak sopan. sebab dia menutupi dan memberi safety precaution pada gunung ganang, bukit bukau kita yang berharga tu. hehe. sebab pashmina ni besar. cuma org yg wat video ni je tarik ke belakang sgt. so. xde safety precaution da. hehe.. ermm jom tengok tutorial yang hani amek kat youtube ni.





so, macam mana? suka tak? :)



lots of love,
hanizatul amira amran

Thursday, 24 November 2011

4 Kategori Manusia Berdasarkan Percakapannya

INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam" (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).

Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara.

Namun, sekali berbica ra, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapan nya sangat tinggi seolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah.

Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin' kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada EMPAT berdasarkan kualiti tutur bicaranya :

Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.

Orang seperti ini bicara nya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.

Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.

Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misal nya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap', namun begitu habis juga dimakannya.

Hari-harinya dipenuhi de ngan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alang kah rugi nya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan diri nya sedangkan hidup adalah peng abdian diri kepada Allah.

Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurang kanlah berkata-kata kerana ia akan mengura ngi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.




sumber : http://szlihin.blogspot.com

Saturday, 1 October 2011

de kam de mak de rum

Pada suatu hari yang hening lagi indah, Pak Din mendapat berita gembira bahawa anak beliau akan pulang daripada belajar di luar negara..

Pak Din :Pekabo nak...dah lame bpisah ye..
Anak beliau: ya, pak
Pak Din:seronok bebeno ye kamu belajo kat sane ...musti pandai cakap omputih...(sambil mengulung kain pelikat)
Anak beliau:Ya!Pak tanye je ape yang pak nak tanye
Pak Din:Pen dalam bahasa omputeh ape?
Anak beliau: DE PEN(The Pen)
Pak Din:Buku pulak?
Anak beliau: DE BUK(The BooK)
Pak Din:Ooo!! macam tu ye..(*sambil berkata dalam hati-Oo! senang bebeno cakap orang putih ni cume kena tambah "de" je ngan ambik 3 perkataan depan je...

Pak Din pon dengan bangga pergi ke warung tempat beliau selalu melepak..disana dia bersembang dengan sorang kawan die nih...

Pak Din :Assalamualaikum, Mat aku ade brite bes ni,aku skang da pandai cakap omputih...ko test le haku..
Mat:Ooo..Ya ka...kalau camtu cakap"KAMBING MAKAN RUMPUT" dalam bahasa omputeh..
Pak Din:Eleh..kacang je tu..ce ni hah..DE KAM DE MAK DE RUM!!!!!!!

Wednesday, 17 August 2011

apam polka dot by eisha


well hello there! :D

sebenarnya sha pun teringin sangat sangat nak kasi tips tips yang bagus macam apa my friends buat.. 

tapi...................saya tak kreatif........ wuwuwuuwuuuuuu T___T

so setelah lama memikirkan apa yang nak ditulis, i've decided to talk about anything that has got to do with food!  tak kisah lah makanan yang dimasak sendiri ke yang makan kat luar pastu rasa sedap ke kan.. and kalau ada recipe recipe yang boleh diguna pakai boleh lah korang try jugak kan kan kan? :D

emm so for today's post, i would like to share a recipe of my mother's apam polka dot!


(tadaaaaaa, ni hasilnya~)

ingredients :
3 biji telur
275gram tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalet
150gram susu sejat or fresh milk
200gram gula castor (kalau nak kurang gula sukatlah 180g boleh aje)
1 sudu teh vanilla esen

bahan untuk inti dia korang nak isi apa2 pun isi je takde masalah haha. hari tu mummy saya buat inti penut butter, blueberry jam and kaya.

cara nak buat:


1. pukul telur dengan gula selama 10 minit -high speed sampai kembang. lepas tu masuk kan tepung sedikit demi sedikit diselang-seli dengan susu sambil dipukul perlahan-low speed. ulang sampai tepung and susu habis. pukul adunan dengan medium speed dan campurkan ovalet dan vanilla esen.

2. bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian (senang nak letak kaler2 nanti). pastu letak lah kaler apa korang nak. merah biru hijau kuning etc.

3. letak adunan yang dah berkaler tu dalam piping bag masing2.

4. sediakan acuan. masukkan sedikit adunan tadi dan letakkan filling kat tengah2,pastu masukkan lagi adunan sampai 3/4 penuh.

tak paham? contoh dia camni :


paham dah? ok kita proceed next step pulak ye :D

5. pastu reka lah corak polka dot kat atas dia.

camne? camni...



6. masuk dalam periuk kukus, kukus selama 15 minit. api kena sederhana ye puan2 kalau api tinggi nanti apam merekah tak cantik okayy~

7. sedia untuk dimakan.

selamat mencuba! hahahahahahahhaha



rindu

hellooo friendss! lama tak update kn?
maap lah.. monster² semua nya sibuk. masing² ade life sendiri. 
serius rindu dekat monster² saya ni. harap² raya ni dapat lah jumpe ek.
almost 3 years kot tak jumpe! lama kan?
walaupun jarak memisahkan kami. walaupun masing² bz dengan life sendiri,
tak bermaksud hubungan kami terputus macam tu saja. 
smoga persahabatan kita kekal selamanya.


ok muka masing² skema + nerd habes! haha

i ♥ u monster!



psstt psst : apa² pon, thnx a lot pada yg sudi follow the monster. ^__^

Wednesday, 20 July 2011

beribu sesalan








Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku




tutorial shawl 3 segi

Assalamualaikum. hai koraaaangggg! 
da berkurun the monster tak update kan?
rindu tak rindu tak? 
cepat cakap rindu sebelum ktorang geget korang!hehehe :)

ok, kali ni haney nak share 1 video tutorial mcm mana nak pakai shawl 3segi.
rasanya tak ramai lagi yang biasa dengan shawl 3 segi ni. sebab jarang nampak orang pakai shawl ni. 
sekarang ramai org pakai satin shawl ala² hani hana tajima tu.
so, jom tengok cam ne nak pakai shawl 3 segi tu :)

credit to ayun ayunar sbb buat tuto yang sangat bagus n bermanfaat :)



so, macam mana? senang & cantik kan?
ape lagi jom shopping shawl 3segi sekarang!!
murah je.. ri tu haney tgk kat uptown, RM 20 je :)




lots of ♥,
hanizatul amira amran

Sunday, 26 June 2011

happy birthday girls!

Assalamualaikum the monster , friends :)
lame hani x bercerita kat sini.
maaplah wanita berkerjaya sibuk sikit kebelakangan ni. 
tapi, dalam kesibukan mengumpul aset [ayat tak boleh bla..haha]
 hani still ingat the monster. mane boleh nak lupekan kawan² kesayangan. hihi.


buat pengetahuan korang, bulan june ni ada 3 monster yg celebrate birthday!

18 june birthday anis the food monster
26 june birthday birthday eisha the hot monster
27 june birthday aida the done-oh monster

haaa.. ramai kan? 
so, mari lah kite nyanyi lagu happy birthday versi melayu secara berjamaah.

1,2,3..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan aida, eisha & anis..
Allah selamatkan kamuuu...

yeayyy!! cepat tiup lilin! hihi


this one for anis

this one for eisha

& this special one for aida

dulu nak sangat kek katak kn? amekk! hihi



ermm da tua da rupenye the monster ni.semua da 21 tahun. [hani je still 20. haha]
may Allah bless all of u. smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
smoga bertambah iman dan amal terhadap-Nya. smoga korang semakin tabah dan kuat mengharungi semua dugaan dari Allah swt. thanx 4 being my fren. thnx jugak sebab selalu ade bersama aku bila aku memerlukan. saaaaaayang the monster :)
and lastly, smoge dipercepatkan jodoh! hahaha
sekarang ni, kite semua single mingle~ kite tgk sape yg sampai seru dulu ek. hahha






lots of love,
hanizatul amira amran

Wednesday, 15 June 2011

Sunday, 12 June 2011

Fear !

You're not scared of dark
You're scared of what's in it

You're not afraid of height
You're afraid of falling

You're not afraid of people around
You're just afraid of rejection

You're scared to love someone
You're just scared of not being loved back

You're not afraid to letting go
You're just afraid to accept that they are gone

You're not afraid to try again
You're just afraid to getting hurt by the same reason





From tumblr,
F.M

Sunday, 29 May 2011

How to Date a Gemini ?

Salam and hye everyone ! So today we are going to learn some steps on how to date a Gemini girl or boy. For those who have a crush on a gemini girl or boy take this as an advantage ok ! Better be smile now :)

But, firstly I want to acknowledge you guys about the gemini astrology:

May 21- 20 June

Steps:

1. Listen to her/him. Everyone likes to be listened, specially Gemini people because they love to talk. Contribute to the conversation and pay attention to the actions she/he uses point out something they will find funny,they love to laugh.
 
2. Be ready to do impulsive things. Gemini's enjoy being active and love to practice and do many things at the same time, so if you'd like to date a gemini girl/boy, be ready to do things you thought maybe where weird, extravagant or even reckless.
 
3. Gemini are extremely independent. They will not be pinned down by anyone or any rules. They need to experience the world on their own.You will need to be active and change alot be ready to laugh and not question decisons. Change, freedom and experiencing life are extremely important to Gemini, so the best thing you can do is give them space from time to time, and ALWAYS be there to support them, because although they need their independence as much as the air they breathe, they need company as much as the water they drink.
 
4. Be knowledgeable about that you talk about too because Gemini are intelligent and have lots of knowledge about many things. If you are an expert on a certain topic, teach them about it, you will impress them because this know-it-all sign is does not usually know fine details about a lot of things, they are too busy to bother to learn

5. Be honest and loyal to a Gemini, once they have had their trust broken they usually will never get it back again.

6. Gemini are easy to date, they will do any activity anywhere. Just have fun, like you would with a friends because that's what Gemini are, a great friend.


But, as we all know different person will have different personality and behaviour. So don't just put fully trust on the above steps. Make some homework to learn on your crush personality. Good luck ! 





Happy Sunday !
Love from F.M <3

Friday, 20 May 2011

contest friends forever

assalamualaikum.
hai koranggggg! :)

kali ni the monster nak join contest.
bukan contest ratu cantik bukan jugak contest ratu kebaya.
apatah lagi contest mengaum paling kuat.

tapi,
CONTEST FRIENDS FOREVER by http://shafmechy.blogspot.com


kalau ade contest, mesti ada hadiah kan? 
hadiah bagi contest ni di sponsor khas oleh DROPLET HOUSE.
memang kawaii habes lah! :)


ermm gambar yang dipertaruhkan kan? 
so, inilah dia gambar yang kami pertaruhkan.


ni merupakan satu² nya gambar kami berempat. gambar time last paper SPM 2007 @ SMT Sepang :) walaupun persahabatan kami sudah berusia 5 tahun, walaupun dah bertahun tak jumpa, kami still rapat macam dulu. blog ni merupakan salah satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan kami selain secret group di facebook tu :) hopefully persahabatan kami kekal selamanya. i love you monsters! :)


korang nak taw tak, dalam banyak² hadiah yang droplet house taja, saya paling suka yang ini!
mintak² menang lah ye :)


ehhh ehh ehh sebelum tu,
nak jampi² sikit..
mirror mirror of the wall, who is the luckiest one yang patut join contest ni?

plinkkkk!


lastly, jom² join! sempat lagi ni.
sebelum dateline contest ni 19 Jun 2011 (Ahad), 11.59 malam. 

lots of  LOVE,
saya yang comel.
haha

Wednesday, 18 May 2011

petua elakkan rambut gugur

rambut gugur?
oh NO!!

sebut pasal rambut gugur, mungkin ramai yang takut. ramai yang risau. 
yelah, lama² boleh jadi botak kot!
Oleh itu, bagi korang yang sayangkan rambut tu, hani ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.
ok hari ni nak jadi doktor tak bertauliah jap. hihi


Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau korang ada tembikai kat rumah tu.
Langkah-langkah yang perlu korang lakukan ialah:

1. Selepas korang makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.

2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu (rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala korang.

3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala korang. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau korang nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.

4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu

Insyaallah..rambut gugur dapat diatasi..


lots of love,
hanizatul amira :)


nak petua² yang lain?  usha la blog ni : http://wajahayu.blogspot.com

Wednesday, 11 May 2011

Cuti 4 Bulan nak Melangut buat ape?

Assalamualaikum
Err.. hai..
Saya baru sahaja menamatkan Final Exam saya.

********

Yeaayyy ! Exam dah tamat. Boleh lah ronggeng puas2.
Boleh2, ronggeng lah sampai 4 bulan. Lama tuuu !
Tapi rasa2 nya 4 bulan tu lama sangat. Kalau dok ronggeng mesti otak pun berkarat !

Jadi, cuti 4 bulan nie mugkin korang boleh..



1. Ambil kelas2 tertentu. Contohnya:
 kepada yang belum ada lesen boleh lah ambil kelas memandu, *ehem, adoi aku bila lagi?
 kelas memasak untuk mempertingkatkan skil2 memasak, boleh lah lawan chef kat rumah lepas nie.
 kelas bahasa Inggeris untuk improve kan lagi bahasa inggeris, itulah pentingnya english education kan?
 atau mungkin kelas menari? Menari? Ok tak, mungkin mengaji lebih sesuai :)

2. Kerja.
Masa cuti2 nie takdelah poket kosong je. Kalau bekerja mesti wang masyukk. Boleh buat simpanan sikit2 kot2 lah nak buat belanja bertunang ke nanti.

3.Jadi suri rumah sepenuh masa
Bagi gadis2 yang  agak  malas nak koje boleh jadi suri rumah sepenuh masa untuk 4 bulan. Boleh tingkatkan skill2 mengomas rumah, cuci lantai, cuci tandas. Biar kasi licin lantai2 rumah yang kat dalam dan kat luar rumah. Kerja2 suri rumah boleh menurunkan berat badan nie ! Gerenti punya.

4. Jadi facebook tegar, blogger tegar.
4 bulan nie boleh je nak online setiap masa pagi, petang, siang malam. Anytime! Kalau kat rumah yang ada wi-fi boleh sangat kalau nak online dalam toilet. Pasni blog2 mesti penuh dengan entry2 baru. Kat facebook pun rajin je nak update status. :) Nak jadi stalker terhebat pun bolehhhh.

5. Isi masa dengan buat amalan sunat.
Tak dapat dinafikan kehidupan sebagai seorang pelajar memang sibuk. Kan kan? Amal ibadat buat yang mana wajib je. Kadang2 yang sunat payah sikit nak buat. Sibuk terkejar2 dengan assignment, group discussion and lecture. So, masa cuti nie korang boleh topup balik amalan2 sunat. Ingat tido je ade topup ke? Nak khatam Al-Quran pun sempat masa nie. Pahala pun dapat lebih weyh ! :)




Selamat bercuti anda2 semua.
Walaupun saya baru je nak cuti tapi korang ade yang 
dah lama cuti. Tak kire nak wish jugak !
F.M

Thursday, 5 May 2011

[student's tip]RUMAH SEWA

Assalamualaikum..
Hai koranggggg! (sila baca dengan suara excited ala² cik epal) haha
Sekarang ni, kebanyakan student IPT da mula cuti semester kan.
Tapi ade jugak yang tengah berperang dengan final exam. [anis & aida la nii.. haha]
Gudluck kepada mereka² yang belum habes exam. Do da best ea sygs :)
Ermm memandangkan semester ni da berakhir. Mesti ade student yang tengah cari rumah sewa untuk semester depan kan? Ye lah, kalau nak dapat hostel, memang harapan lah. Lagi² mase July intake. Konpem hostel penuh lah.
Ok, kali ni hani rase terpanggil untuk kongsi tips dan pendapat tentang perkara² yang perlu dititikberatkan semasa nak pilih rumah sewa. Walaupun hani pernah duduk rumah sewa satu sem je mase study kat kulim dulu, tapi hani rase hani perlu share beberapa tips dengan korang. Tapi sebelum tu, sorry kalau pendapat hani ni cam tah pape. Nak tahu apa tips² nya?

Let’s check it out!

First,
Cari rumah sewa yang sesuai dengan kemampuan.
 

Yupp! Tu paling penting. Kebiasaannya, student tak de sumber pendapatan. Semuanya dok bergantung dengan PTPTN, MARA, biasiswa pama (hehe). So, pilihlah rumah yang bese² je. Xpayah lah nak pilih rumah yang siap ada aircond,swimming pool,bibik bagai. Laen lah kalau kau anak dato’. Haha cukup lah kalau nak duduk apartment ke, umah teres ke.. bergantung dengan kemampuan. Kalau kat negeri² yg kos sara hidup rendah tak pe lah kalau nak sewa rumah banglo :)

Second,
Pilih housemate yang sesuai.
ihsan pakcik google :)
Tinggal kat hostel & rumah sewa sangat berbeza! Kalau kat hostel, keselamatan korang terjaga. Still ada fellow , warden yang kadang2 nak amek port pasal korang. Kalau stay kat rumah sewa, pandai² la jaga diri sendiri. X de sape nak amek port. Kau nak kuar sampai tak balik rumah 5 hari ke, kua rumah pakai pelik² ke.. lantak korang lah. Melainkan kalau makcik jiran sebelah kau tu sukarela nak jadi warden. Haha. Erm, nak tahu kenapa bole jadi kes kuar sampai tak balik rumah 5 hari tu? Haa, kawan² lah puncanya! Kalau korang tengok dia kuar malam, mesti korang teringin jugak kan? Ye lah, takde sape nak larang. Parents jauh. So, elakkan berhousemate yang kaki joli. Lebih baik korang pilih member² yang ajk surau ke, pengerusi kelab catur ke, member² yang dean list every semester ke untuk jadi housmate korang. At least korang tak terleka mase stay kat rumah sewa. Mane taw korang pon boleh dean list cam member² korang tu kan :)

Third,
Berjimat.

Duk rumah sewa banyak pakai duit oiiittt! Bayar sewa, bil air, bil elektrik, belanja barang dapur. Belum lagi duit petrol untuk kete motor korang tu, blanje shopping, ronggeng². Haaa, banyak kan? Memandangkan banyak duit nak pakai, berjimat² lah. X payah nak pakai aircond sangat lah kat rumah sewa tu. Jangan biarkan tv, kipas, lappy terpasang macam tu aje. Pastu, kurang²kan lah nafsu shoppong tu ye adek². Errr, boleh ke? Hihihi

Forth,
Memasak.
skali skale merewang cam makcik² ni best jugak :P

Untuk lebih jimat lagi, better korang masak sendiri. Ala,time ni lah nak pracrise segala skill memasak yang korang ade. Bagi yang tak reti masak macam hani ni, buat² lah tolong mak kat dapur mase cuti sem ni ye. :) korang taw tak, kalau korang masak sendiri, lagi jimat taw berbanding beli kat kedai. Contoh, dalam seminggu korang collect sorang RM 10. Kalau 5 orang 1 rumah, da dapat RM 50 dah. Macam2 kot boleh dapat dengan RM50. Ermm tapi kalau korang beli udang, ketam, lobster tu memang konpem tak cukup lah!

Fifth,
Berdikari.

Selalunya, kemudahan kat rumah sewa ni tak banyak macam hostel. Kadang² rumah yang korang sewa tu, kosong je. Xde mesin basuh, xde freezer, xde bibik, xde itu, xde ini. So, disebabkan kedaifan dan kekurangan ni, [ayat tak leh blah] korang dapat belajar berdikari. Basuh baju pakai tangan, masak sendiri. Ermm paling tidak pon, korang dapat practise buat keje rumah kan. Yelah, konpem lah korang dah ade buah ati en, tipu lah kalau xde. So, nant bile nak jumpe mak mertua xde lah kekok. X de lah kene reject kan. Hahah

Lastly,
Jaga keselamatan dan tingkah laku.
As i said before, tak de sape nak amek port pasal kite kalau kite dok lua. Ermm statement tu tersangat lah betul. So, korang kene pandai² jaga diri, jaga maruah. Jangan sesekali bawak orang yang berlainan jantina masuk ke rumah korang. Nanti tak pasal² kene cekup ngn jabatan penggalak maksiat.. ehh silap jabatan pencegah maksiat :P esok tu masuk paper muka depan , “pelajar U*** ditangkap berkhalwat di bla bla bla”. Tengok² muka korang dengan terang jelas dan nyata nya. Tak ke malu?

Ermm sebenarnya banyak lagi nak dikongsi. Tapi bosan pulak korang baca panjang² ni kan. Ni pon da kira panjang menjela kan. Haha.. ape² pon thanx sbb sudi bace celoteh hani ni. Ok lah, babai. Assalamualaikum


Lots of love,
Hanizatul amira 
:)